Kerajaan Negeri taja pengasuh taska rumah sertai KAP | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Kerajaan Negeri taja pengasuh taska rumah sertai KAP

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri bakal menaja sepenuhnya pengasuh taska beroperasi di rumah, yang terpilih, untuk menjalani Kursus Asuhan Permata (KAP).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, tajaan dibuat selepas mengambil kira kos kursus yang tinggi dan ketidakmampuan pengasuh menyertai kursus wajib pendaftaran taska itu.


Katanya, inisiatif Kerajaan Negeri itu juga bertujuan menyokong usaha ke arah jaminan kualiti penjagaan kanak-kanak di Selangor.

“Kita juga menerusi Kursus Intensif Pengembangan Kanak-kanak (KIPK) turut menyediakan 16 modul pengusahaan penjagaan kanak-kanak di rumah.

“Sejak dilaksanakan pada 2013, seramai 506 pengasuh di rumah sudah menjalani KIPK secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan usul pembangunan di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Daroyah berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa melakukan pemantauan berkala dua kali setahun ke semua taska di rumah yang berdaftar.

Katanya, sebanyak 1,220 taska dan 270 taska di rumah direkodkan sudah berdaftar dengan JKM.

“Pemantauan mengejut turut dijalankan JKM dan Polis sekiranya aduan diterima melibatkan kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Haniza Talha ketika sesi perbahasan pembekalan membangkitkan isu keperluan kursus khas bagi pengusaha taska di rumah.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next