Masjid Kota Kemuning Shah Alam dijangka siap September 2019 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Masjid Kota Kemuning Shah Alam dijangka siap September 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 12 NOV: Masjid Kota Kemuning Shah Alam dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan kos keseluruhan hampir RM20 juta.

Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), IR Rozita Mat Senapi berkata, masjid itu berkonsepkan terbuka dan mesra alam dengan keluasan 20,236 meter persegi.


“Kemudahan masjid disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan menitikberatkan nilai-nilai kerohanian dan institusi keagamaan.

“Lokasi tapak masjid strategik apabila ianya dianggarkan 20 kilometer (km) daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur dan jaringan lebuh raya ini dijangka siap pada 10 September 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Masjid Kota Kemuning yang disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dengan konsep mesra alam dan terbuka, reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada ‘form follow function’ selain mempunyai fasiliti seperti dewan solat, parkir kereta, pejabat pentadbiran malah berdekatan juga dengan tasik.

Mengulas mengenai projek ini, Mohamed Azmin berkata, kos keseluruhan masjid bernilai RM19 juta dengan RM15 juta daripadanya disumbangkan Kerajaan Negeri dan selebihnya disumbangkan oleh anak-anak qariah dan Perbadanan Wakaf Selangor.

Menurutnya, kerja-kerja tanah telah dimulakan dan diharapkan projek ini siap mengikut jadual ditetapkan.

Katanya, pembangunan masjid bersesuaian dengan penterjermahan konsep Belanjawan Negeri 2018 ‘fastabiqul khairat’ iaitu berlumba-lumba berbuat kebaikkan.

“Dalam belanjawan 2018 saya menggesa institusi wakaf itu dapat terus diperkasakan kerana sistem wakaf di Malaysia ini belum dapat sambutan daripada umat Islam berbanding seperti di Turki, Mesir dan Arab Saudi membuktikan dalam sejarah Islam institusi wakaf ini dapat mengangkat sosioekonomi umat Islam.

“Kalau individu di kalangan umat Islam, pihak swasta dan kerajaan dapat mengukur sistem wakaf, saya yakin ianya dapat mengangkat martabat ekonomi umat Islam jadi mulai tahun depan saya cadangkan pembangunan masjid dibuat melalui institusi wakaf,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next