MBPJ teroka kemajuan Korea Selatan, urus pengurusan sampah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

MBPJ teroka kemajuan Korea Selatan, urus pengurusan sampah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 NOV : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneroka pelaksanaan pintar yang diguna pakai negara Korea Selatan dalam menguruskan sistem pengurusan sampah negara itu.

Komitmen itu dinyatakan menerusi kunjungan Delegasi MBPJ diketuai Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Mahzura Mohd Amin ke negara itu pada 13 November lalu.


Delegasi MBPJ disambut Pengarah Jabatan Pengurusan Pentadbiran Bandar Asan, Ryu Ji-won, pada satu majlis makan program itu.

MBPJ dalam kenyataan memaklumkan, kunjungan itu diadakan bagi mengenalpasti pendekatan pengurusan sampah terbaik yang dilaksanakan di Korea Selatan, sejak bertahun lalu.

“Kedatangan delegasi ini adalah untuk mempelajari pengurusan sampah sistematik diamalkan Bandar Asan.

“Harapan MBPJ adalah untuk implementasikan pengurusan sampah yang lebih berkesan dan bersih untuk Bandar Petaling Jaya,” menurut kenyataan itu.

Justeru, sebagai simbolik kerjasama itu, MBPJ turut berbesar hati untuk mengangkat Bandar Asan sebagai ‘Sister City’ kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Terdahulu, inisiatif pengurusan sampah pintar MBPJ dilaksanakan di bawah pelan inisiatif ‘Smart PJ Waste Solution Lab’.

Ia berperanan sebagai usaha usaha mengurangkan kos pelupusan sampah di tapak pelupusan bagi membolehkan pengurangan penjanaan karbon dioksida dibuat.

Selain itu, inisiatif sama dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal di kawasan bandaraya berkenaan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next