Selangorkini
PBT SELANGOR

MPK cemerlang raih Anugerah Green World

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 2 NOV: Usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjayakan program pemeliharaan alam sekitar mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya meraih Anugerah Green (Green World Award).

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, MPK juga cemerlang dengan pencapaian Anugerah Green Apple Award.

“Ia membanggakan bagi MPK dan Anugerah Green World ini diperoleh melalui projek Go Green ECOGEN iaitu Aplikasi Digital Recycle Bank MPK.

“Tahniah dan syabas kepada kumpulan ECOGEN daripada Jabatan Perancang Bandar atas kejayaan berganda diperoleh MPK, di peringkat antarabangsa,” katanya.

Majlis penyampaian anugerah itu akan diadakan di RTA Auditorium, Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada 11 Disember ini.

Selain itu, beliau berkata, MPK turut berjaya di Selangor dengan mendapat hadiah penghargaan bagi kategori Sektor Awam sempena Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, pada 9 hingga 12 Oktober lalu.

Katanya, MPK meraih RM5,000 yng disampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ai ketika Majlis Persada Inovasi peringkat Selangor dengan kejayaan itu.

“Pada majlis itu, MPK turut menerima hadiah sebagai johan untuk kategori hybrid dengan merangkul piala pusingan dan RM15,000,” katanya.


Pengarang :