Pemimpin jaga tauke dan pemaju sebab masyuk | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Pemimpin jaga tauke dan pemaju sebab masyuk

OLEH AFIX REDZUAN

BANDAR TUN RAZAK, 13 NOV: Pakatan Harapan bersedia membatalkan projek pembangunan di padang bola sepak Jalan Jujur, di sini jika ditakdirkan mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemimpin sepatutnya mempertahankan hak rakyat yang hanya mahukan padang untuk beriadah dan tidak tunduk kepada kehendak pemaju atau tauke.


“Padang untuk kegunaan awam, ia milik rakyat. Bukan mintak kontrak, rakyat minta pertahankan padang.

“Buat apa nak jaga tauke? Buat apa nak jaga pemaju? Sebab masyuk,” katanya ketika berucap pada Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat, semalam.

Beliau berkata, Selangor juga tidak lari daripada masalah pengambilalihan tanah untuk pembangunan, namun Kerajaan Negeri mengambil pendekatan mendahulukan rakyat.

Sebagi contoh, katanya, kes pangsapuri milik Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNS) di Keramat bagi pembinaan projek Datum Jelatek menyaksikan setiap pemilik unit diberikan pampasan RM350,000 walaupun mereka membelinya dengan harga RM19,000 seunit dahulu.

Terdahulu, Mohamed Azmin mengumumkan peruntukan RM7,500 kepada Jawatankuasa Selamatkan Padang Bola Sepak Jalan Jujur untuk membiayai kos guaman bagi mengelakkan pembangunan, di kawasan terbabit.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next