PHSSB belanja RM14.73 juta baik pulih dan selenggara tiga PPR | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

PHSSB belanja RM14.73 juta baik pulih dan selenggara tiga PPR

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 NOV: Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) membelanjakan kira-kira RM14.73 juta bagi kerja membaik pulih dan penyelenggaraan Program Perumahan Rakyt (PPR), di Selangor, dari 2014 hingga tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, anak syarikat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) itu menjalankan proses berkenaan selepas mengambilalih tiga PPR, di negeri itu.


Beliau berkata, dua dari tiga PPR ialah PPR Kampung Baru Hicom dan PPR Seri Kiambang, Serendah, yang diambilalih daripada LPHS, pada 1 Mei 2013 dan 1 September 2014.

“PHSSB melaksanakan kerja baik pulih dan penyelenggaraan untuk PPR Kampung Baru Hicom sebanyak RM5,196,191.66 manakala PPR Seri Kiambang RM472,999.50.

“Manakala PPR Kota Damansara diambilalih daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 1 Mei 2013 membabitkan kos RM13,081,953.40,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan dalam sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kerja baik pulih dijalankan PHSSB di tiga PPR itu ialah membaikpulih dan menaik taraf lif serta “railing” koridor juga tangga hilang, menaik taraf dan membina tempat letak motorsikal dan memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Manakala kerja penyelenggaraan dijalankan di tiga PPR itu, katanya, ialah menyelenggara sistem mekanikal dan elektrikal merangkumi lif, genset, pam dan tangki air serta penyelenggaraan lampu kawasan guna sama.

“Selain itu, ia juga menjalankan kerja pembersihan dan pencucian seperti di lobi, laluan koridor, di tangga, longkang dan tempat parkir serta menjalankan kerja pemotongan rumput.

“Ia juga membabitkan pengurusan sampah domestik dan pukal, keselamatan bangunan, harta awam dan penduduk PPR,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next