NASIONAL

Putera Wales dan Duchess of Cornwall lawat Malaysia mulai esok

KUALA LUMPUR 1 NOV: Putera Wales dan Duchess of Cornwall akan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia mulai esok hingga 8 November ini, menurut Wisma Putra hari ini.

Lawatan oleh pewaris takhta Britain itu, Putera Charles dan isteri, Camilla Parker Bowles, merupakan kunjungan rasmi ketiga anggota kerabat diraja Britain ke Malaysia sejak 1998.

Sebelum ini, Ratu Elizabeth II dan suami baginda, Duke of Edinburgh, Putera Philip, menghadiri majis perasmian Sukan Komanwel ke-16 di sini pada September 1998 dikuti pasangan diraja, Putera William (Duke) dan Kate Middleton (Duchess of Cambridge) pada September 2012.

Menurut kenyataan itu, Putera Charles dan Camilla akan melawat beberapa tempat dan menyertai pelbagi program penting bersempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara United Kingdom dan Malaysia.

Semasa lawatan itu, baginda dijangka bertemu dengan pelabagai lapisan masyarakat Malaysia termasuk kerabat diraja, kanak-kanak kelainan upaya dan komuniti perniagaan.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :