Ringgit diniaga 4.1895/1935 berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Ringgit diniaga 4.1895/1935 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 14 NOV: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian baharu, kata peniaga.

Pada jam 9.17 pagi, ringgit berada pada 4.1895/1935 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1930 penutup Isnin.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.


Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0767/0803 daripada 3.0755/0799 tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6857/6895 daripada 3.6955/6992.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8896/8955 daripada 4.8767/8819 dan turun berbanding pound British kepada 5.4966/5023 daripada 5.4793/4844 Isnin.

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next