Rizab Kerajaan Negeri RM3.4 bilion sehingga 30 September | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Rizab Kerajaan Negeri RM3.4 bilion sehingga 30 September

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 NOV: Selangor mempunyai rizab simpanan berjumlah RM3.4 bilion sehingga 30 September lalu, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata, jumlah itu adalah baki keseluruhan daripada kumpulan wang disatukan negeri.


“Dalam hal pengurusan rizab, Kerajaan Negeri berpandangan ia mesti dibelanjakan kepada program atau projek yang membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi Selangor.

“Jumlah peruntukan bakal disediakan setiap tahun berdasarkan keutamaan dan keperluan yang akan ditentukan serta keupayaan semasa Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukan Ahli Dewan Negeri Teratai, Tiew Way Keng, di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Katanya, jumlah keuntungan faedah yang dijana daripada akaun semasa simpanan tetap dan deposit pasaran wang jangka pendek dari Januari sehingga 30 September berjumlah RM61.27 juta.

Mohamed Azmin berkata, menjadi matlamat Kerajaan Negeri untuk menguruskan wang dengan cekap dan teratur.

“Rizab tunai negeri dilaburkan dan disimpan dalam instrumen kewangan patuh syariah. Peningkatan rizab Kerajaan Negeri menunjukkan keupayaan pihak pengurusan menguruskan kewangan negeri dengan cekap dan teratur serta mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuatkuasa,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next