RM3.7 juta untuk pusat dialisis | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

RM3.7 juta untuk pusat dialisis

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 NOV: Sejumlah RM3.7 juta dibelanja untuk pembayaran rawatan dialisis 1,412 pesakit, di bawah Program Panel Dialisis Sihat Selangor, sejak 2010 hingga 2016.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, peruntukan tertinggi dibelanja pada 2016 dengan RM1.7 juta untuk 598 pesakit dan 2015 dengan RM1.04 juta (299 pesakit).


Katanya, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan 72 panel dialisis di seluruh Selangor dan yang bersempadan untuk menjayakan program berkenaan.

“Bermula tahun ini, Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan kepada RM5 juta dengan 1,000 akan menerima manfaat.

“Sehingga 31 Oktober lalu, sejumlah RM3.57 juta diluluskan untuk 639 pesakit menjalani rawatan dialisis,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman berhubung Pusat Dialisis Rakyat (PDR).

Daroyah yang juga ADN Sementa berkata, terdapat lima PDR mula beroperasi sejak 2014 dan diuruskan Gedung Penawar Sdn Bhd.

Katanya, PDR berkenaan terletak di Kampung Melayu Ampang, Taman Sri Manja, Lembah Keramat, Taman Sungai Kapar Indah dan Kampung Jalan Kebun.

=EZY=

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next