RM309 juta jayakan program kebajikan rakyat 2018 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

RM309 juta jayakan program kebajikan rakyat 2018

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 NOV: Sejumlah RM309 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri secara keseluruhan bagi menjayakan program kebajikan rakyat bagi 2018.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia merangkumi pelbagai manfaat kebajikan dan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) meliputi semua peringkat usia dan golongan.


“Kesemua IPR dijalankan sejak 2008 juga terbukti memberi impak positif dan berkesan dalam membantu membasmi kemiskinan di Selangor.

“Program berkenaan juga berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan usul pembangunan di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lau Weng San ketika sesi perbahasan pembekalan membangkitkan laporan prestasi kebajikan Selangor.

ADN Bukit Gasing, R. Rajiv pula mencadangkan penubuhan Yayasan Warga Emas dengan pelbagai manfaat semasa hidup disediakan.

Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri bersedia menimbangkan cadangan itu jika terdapat keperluan semasa.

“Untuk manfaat semasa hidup, kesemua IPR disediakan Kerajaan Negeri adalah layak dinikmati warga emas mengikut syarat kelayakan ditetapkan,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next