RM62.18 juta upaya KDEBWM | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

RM62.18 juta upaya KDEBWM

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 NOV: Sejumlah RM62.18 diperuntukkan kepada KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) bagi menaik taraf operasi kutipan sisa pepejal, setakat Oktober lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, peruntukan diperoleh daripada pinjaman RM48.9 juta dan geran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) RM13.25 juta.


Katanya, peruntukan disalur bagi pembelian kompaktor, Roll On Roll Off, pembangunan sistem Auto Vehicle Locating System dan Centralized Command Centre.

“Kita juga boleh pertimbangkan pertambahan peruntukan secara pinjaman sekiranya terdapat permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan usul pembangunan di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim membangkitkan isu pengurusan sisa pepejal di bawah KDEBWM yang kini bertanggungjawab mengurus sisa pepejal di tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ean Yong berkata, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM4 juta untuk tujuan kajian sisa pepejal industri.

“KDEBWM juga bakal meluaskan operasi kepada PBT lain bermula tahun hadapan selepas kontrak kutipan dan pembersihan operator sedia ada tamat,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next