Selangor peroleh RM49.55 juta hasil caj parkir | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Selangor peroleh RM49.55 juta hasil caj parkir

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri memperoleh RM49.55 juta hasil kutipan caj parkir daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, sehingga kini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, kos pengurusan dicatatkan pula RM9.43 juta, di PBT yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.


Katanya, jumlah itu diperoleh di sembilan PBT kecuali Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam yang belum melaksanakannya.

“Majlis Bandaraya Shah Alam mencatat kutipan RM7.66 juta, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (RM18.97 juta), Majlis Perbandaran Klang (RM7.31 juta), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (RM6.12 juta) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (RM6.5 juta).

“Ia diikuti Majlis Perbandaran Kajang (RM2.36 juta), Majlis Perbandaran Selayang (RM188,916), Majlis Perbandaran Sepang (RM232,366.60) dan Majlis Daerah Kuala Langat (RM188,940.66),” katanya.

Berhubung kos pengurusan, beliau berkata, ia hanya membabitkan enam PBT yang melaksanakan perkhidmatan itu manakala MPKj, MPSp, MDKL ditanggung konsesi.

Katanya, kos pengurusan di MBSA adalah RM461,380 manakala dMBPJ (RM5.178 juta), MPSJ (RM2.5 juta), MPK (RM769,246.49), MPAJ (RM506,877.44) dan MPS (RM19,250).

“Kerajaan Negeri mendapati kos pengurusan caj parkir masih rendah berbanding jumlah hasil, justeru ia masih berbaloi untuk dilaksanakan.

“Kita juga tiada cadangan untuk tidak mengenakan caj parkir kenderaan di Selangor buat masa ini,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next