Syarat lebih ketat kakitangan MBSA tuntut ‘overtime’ | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Syarat lebih ketat kakitangan MBSA tuntut ‘overtime’

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 14 NOV: Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ingin membuat tuntutan kerja lebih masa mereka perlu mendapat kelulusan ketua jabatan masing-masing.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, hal itu kerana terdapat kakitangan membuat kerja tidak setimpal dengan tuntutan dibuat.


Katanya, kebanyakan kerja lebih masa dituntut itu boleh disiapkan dalam tempoh bertugas, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kita perlu letakkan impian dan matlamat dalam hidup untuk mencapai kejayaan dan bekerja dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menikmati hasil daripada apa yang diusahakan, sekali gus MBSA bebas daripada masalah yang boleh menjatuhkan organisasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Integriti Peringkat MBSA 2017, di Dewan Bankuet, di sini.

Pada masa sama, Ahmad Zaharin berkata, langkah mengetatkan tuntutan kerja lebih masa membabitkan 1,600 kakitangan berjaya menjimatkan kos.

“Sebelum ini pada 2016, hampir RM800,000 sebulan kos dikeluarkan kepada mereka yang membuat ‘claim overtime’, namun awal Januari tahun ini kos itu dapat dikurangkan kepada RM300,000,” katanya.

Hari Integriti MBSA dilaksanakan bertujuan membudayakan integriti dalam kalangan warga kerja dan menolak gejala negatif seperti rasuah serta salah guna kuasa.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next