Tengku Amir rasmi Smart Selangor Pavilion | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Tengku Amir rasmi Smart Selangor Pavilion

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 NOV: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Smart Selangor Pavilion di Smart City Expo World Congress, di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini.

Baginda memuji usaha Selangor beraksi di pentas antarabangsa bagi mendekati dan berkongsi idea serta pengalaman dengan masyarakat global.


Katanya, ia selaras status Selangor sebagai negeri termaju dengan penduduk paling ramai, di negara ini.

“Selangor perlu meningkatkan daya saing untuk terus kekal menjadi negeri paling hadapan, di Malaysia.

“Menerusi pameran ini, amalan, pengalaman dan model terbaik boleh diadaptasi serta dibawa balik untuk dijayakan dalam usaha meningkatkan gaya hidup rakyat Selangor,” katanya lapor The Star.

Baginda diiringi Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) merangkap Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Raja Shahreen Raja Othman.

Smart Selangor dalam satu kenyataan turut berbesar hati dengan kesudian baginda merasmikan Smart Selangor Pavilion.

“Terdapat aliran pelawat berterusan dan mereka diperkenalkan dengan Smart Selangor, kemajuan serta perkembangannya juga projek yang dijayakan rakan kongsi pavilion kami.

“Pada hari pertama juga, Timbalan Pengarah SSDU, Dr Fahmi Ngah turut berkesempatan mengadakan ceramah bertajuk ‘Ke Arah Negara Pintar: Pencapaian Sehingga Kini’ kepada pihak berminat,” katanya.

Rakan kongsi pavilion Smart Selangor adalah Invest Selangor Berhad, Central Spectrum Sdn Bhd, Telekom Malaysia, Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC), Setia Haruman Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Sepang dan KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Lebih 17,000 pelawat profesional dijangka menghadiri kongres itu, dengan lebih 600 peserta pameran, bersama wakil peringkat tinggi dari lebih 650 bandar raya dan lebih 400 pakar.

Kongres berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 November ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next