VK Lingam dijatuh hukuman penjara 6 bulan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

VK Lingam dijatuh hukuman penjara 6 bulan

PUTRAJAYA 14 NOV: Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati peguam kanan Tan Sri VK Lingam bersalah kerana menghina mahkamah.

MALAYSIAKINI melaporkan beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana menuduh anggota panel terlibat dalam plagiarisme.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin yang mengetuai panel berkata keputusan itu adalah sebulat suara.


Lingam bagaimanapun tidak menghadiri prosiding mahkamah hari ini.

“Waran akan dikeluarkan dan hukuman itu akan segera dilaksanakan,” katanya kepada mahkamah.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 26 September lalu, mahkamah tertinggi itu membuat keputusan bahawa laporan perubatan dari sebuah hospital Amerika Syarikat untuk menyokong kegagalan Lingam hadir di prosiding menghina mahkamah terhadapnya, adalah palsu.

Laporan itu yang bertarikh 10 Mei tahun ini, menyebut bahawa Lingam, 66, tidak sihat untuk jangka masa perjalanan yang lama, termasuk dengan penerbangan, sususlan masalah sakit belakang dan tulang pinggul.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next