6,000 peserta meriahkan Larian Menjunjung Kasih Jambatan ke-3 Klang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

6,000 peserta meriahkan Larian Menjunjung Kasih Jambatan ke-3 Klang

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 17 DIS: Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ke-3 Klang terus mendapat sambutan menggalakkan menerusi penyertaan 6,000 peserta, meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, penganjuran kali ini turut membabitkan aktiviti kayuhan berbasikal ‘fun ride’.


“Program kali ini membabitkan 5,000 peserta larian dan 1,000 peserta kayuhan daripada pelbagai bangsa.

“Program ini diadakan di Jambatan Raja Muda Nala bersempena pembukaan jambatan baharu dan pada masa sama, dapat memperkenalkannya kepada umum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Larian Menjunjung Kasih Jambatan ke-3 Klang 2017, di Jambatan Raja Muda Nala, di sini, hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya akan menjadikan acara itu sebagai program tahunan bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor ekoran sambutan hebat daripada kalangan masyarakat.

“Program anjuran Kerajaan Negeri itu memberi peluang kepada masyarakat untuk bersukan, di samping menghidupkan rasa kasih dan peduli rakyat kepada institusi Kesultanan Selangor.

“Lebih menarik, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut sama menyertai larian ini, sekali gus ianya mendekatkan institusi raja dan rakyat,” katanya.

Terdahulu, majlis disempurnakan Tengku Amir yang melepaskan acara larian dan kayuhan berkenaan.

Baginda turut berkenan menyertai larian ‘Family Fun Run’ sejauh lima kilometer (km).

Dua acara yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu membabitkan larian jarak 10km untuk Kategori (A) Terbuka Lelaki, Kategori (B) Terbuka Wanita, Kategori (C) Lelaki Veteran (40 tahun ke atas), Kategori (D) Wanita Veteran (40 tahun ke atas) dan Kategori (D) ‘Family Fun Run’ (13 tahun ke atas) dengan jarak 5km.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next