BN tak pernah berani umum siapa PM jika menang PRU | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

BN tak pernah berani umum siapa PM jika menang PRU

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 DIS: Umno-Barisan Nasional (BN) disarankan supaya lebih berani membuat pengumuman terbuka adakah Datuk Seri Najib Razak akan dikekalkan sebagai Perdana Menteri jika parti itu berjaya mempertahankan kuasanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua berkata, langkah itu membantu pengundi membuat pilihan, parti manakah bakal dipilih pada PRU-14 nanti.


“Saya kurang pasti adakah BN pernah berani umumkan bahawa Najib akan terus pegang jawatan Perdana Menteri jika menang pilihan raya.

“Bagaimanpun, jika Najib terus dipilih, ini membuktikan BN ketandusan pemimpin,” katanya kepada SelangorKini di sini.

Jelasnya, rakyat perlu dimaklumkan sekiranya Najib berhasrat meletakkan jawatannya pada penggal baru itu nanti bagi memberi laluan kepada pemimpin lain.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next