General Electric buang 4,500 pekerja | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

General Electric buang 4,500 pekerja

PARIS 6 DIS: General Electric akan memberhentikan 4,500 pekerja merentas Eropah selepas menyemak semula aset dibelinya daripada Alstom yang berpangkalan di Perancis pada 2015, demikian menurut surat khabar Les Echos.

Menyebut sumber kesatuan, laporan itu berkata pemberhentian pekerja akan dibuat di Switzerland, Jerman dan Britain, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

GE dalam satu kenyataan berkata, ia “menyemak semula operasi bagi memastikan perniagaan berada di kedudukan terbaik untuk memberi maklum balas kepada realiti pasaran dan kejayaan jangka panjang.”


Ia tidak menyebut sebarang pembuangan pekerja, tetapi berkata ia sudah menyerahkan satu cadangan kepada pihak berkuasa Eropah.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next