Intimidasi dan agenda politik merosakkan imej SPRM | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Intimidasi dan agenda politik merosakkan imej SPRM

OLEH YIN SHAO LOONG

Percubaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon Mahkamah Majistret melanjutkan reman terhadap Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid bersama tiga yang lain selepas reman seminggu tamat hari ini, jelas merupakan intimidasi terhadap mereka demi agenda politik.

Bagaimanapun, permohonan SPRM melanjutkan reman mereka untuk tujuh hari lagi telah gagal selepas Mahkamah Majistret menolaknya.


Mohd Nuzul Fadli bersama seorang lagi hanya direman sehingga Jumaat ini, manakala dua lagi telah dibebaskan.

Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan SPRM sebenarnya tiada asas siasatan mengaitkan mereka dengan kesalahan jenayah projek lombong pasir.

Hebahan siasatan dan usaha melanjutkan reman ke atas mereka adalah bertujuan memburukkan imej Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Penggunaan kuasa pimpinan tertinggi SPRM bagi menyerang Menteri Besar Selangor itu dengan mengaitkan ahli keluarganya hanya merosakkan imej SPRM sebagai badan yang bebas daripada tekanan Perdana Menteri.

* Yin Shao Loong adalah Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next