KEADILAN buat laporan polis skandal SPRM Bali dan Hong Kong | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

KEADILAN buat laporan polis skandal SPRM Bali dan Hong Kong

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 DIS: Laporan polis dibuat oleh Naib Presiden KEADILAN, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berhubung sampul ‘misteri’ berisi sebuah pen drive dan sekeping nota bertulis skandal SPRM Bali dan Hong Kong.

Laporan polis itu dibuat kira-kira jam 4.15 minit petang, hari ini.


Beliau berkata sampul ‘misteri’ terbabit diterimanya seawal jam 9 pagi di peti surat rumahnya di Sungai Merab, Kajang.

“Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk menyerahkan nota dan pen drive ini kepada pihak polis supaya menjalankan siasatan.

“Selepas menerima sampul ini, saya membuat keputusan untuk tidak melihat isi kandungan pen drive ini kerana tidak mahu masuk campur dan luar bidang kuasa saya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next