Kem Bera belum siap tapi SPR yakin ada pengundi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Kem Bera belum siap tapi SPR yakin ada pengundi

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM – Kegagalan membuktikan Kem Bera sudah beroperasi hanya akan menjelaskan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih daripada politik dan tindakan itu dibuat demi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Zakaria Abdul Hamid berkata, terdapat bantahan yang difailkan oleh pengadu, Norazlan Zain, berdasarkan keadaan fizikal kem yang menempatkan 1,234 pengundi itu masih dalam pembinaan dan dijangka siap, pada Julai 2018.


“Bantahan dibuat berpandukan keadaan fizikal kem berkenaan yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap, pada Julai 2018.

“Selepas penghakiman menolak bantahan, Pendaftar SPR memaklumkan kepada hadirin bahawa alasan penolakan adalah kerana SPR mempercayai semua pemilih tentera bersama pasangan mereka menginap di kem itu dan ia sudah beroperasi sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan medianya, pada 5 Disember lalu.

Ketua Cabang KEADILAN Bera itu berkata, pihak beliau turut mengadakan tinjauan ke kem berkenaan dan mendapati tiada tanda ia sudah beroperasi.

Katanya, SPR dan Kementerian Pertahanan perlu menunjukkan bukti bahawa Kem Bera sudah beroperasi dan didiami anggota tentera serta ahli keluarga masing-masing walaupun bantahan dikemukakan ditolak.

Terdahulu, Pendaftar SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli, menolak bantahan yang difailkan Norazlan dalam pendengaran siasatan awam bantahan daftar pemilih baru untuk lokaliti Kem Bera.

 

 

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next