Kerajaan Negeri sumbang RM290,000 untuk institusi Islam Klang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Kerajaan Negeri sumbang RM290,000 untuk institusi Islam Klang

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 7 DIS: Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan RM290,000 kepada masjid, surau, Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kafa Integrasi di daerah Klang, semalam.

Sumbangan diserahkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Masjid Jamiul Hasaniah, Kampung Batu 3, dalam program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi DUN Sementa bertujuan untuk membaik pulih, menaik taraf dan berkaitan.


Masjid Ar-Rahman dan Masjid Nurul Amin masing-masing menerima RM50,000, manakala Masjid Raudhatul Mukminin (RM30,000) serta Surau Al-Hussain (RM90,000).

SRA Bukit Naga pula mendapat RM30,000 dan SRA Batu 3, Sungai Pinang (RM20,000) diikuti Kafa Integrasi Al-Falah juga RM20,000.

Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) juga menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Masjid Jamiul Hasaniah yang diserahkan Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin.

Ia adalah siri jelajah Kerajaan Negeri diketuai Mohamed Azmin ke seluruh daerah, di Selangor bagi menyantuni rakyat dan menyampaikan maklumat berkenaan program dilaksanakan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next