Kongsi ilmu rahsia kecemerlangan Pengerusi MPP Zon 11 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Kongsi ilmu rahsia kecemerlangan Pengerusi MPP Zon 11

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 DIS: Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 11, Imran Satiman, 37, dinobatkan selaku Johan Pengerusi MPP Terbaik Mini Zee Bee, pada Majlis Penganugerahan Anugerah Hijau Zon Bersih (Mini Zee Bee) Antara MPP Zon Shah Alam 2016/2017.

Kemenangan disambut penuh kesyukuran menyaksikan beliau membawa pulang plak dan wang tunai RM3,000 yang disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad dengan menewaskan Tengku Ahmad Tengku Kasim (MPP 19) di tempat kedua dan Awang Ibrahim (MPP 8), ketiga.


Beliau yang sudah dua tahun memikul amanah itu berkata, sifat ingin belajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain yang diterapkan kepada semua masyarakat merupakan kunci utama kemenangan, di samping sokongan serta pembabitan penduduk dalam menjayakan setiap program dianjukan.

“Cabaran dihadapi adalah mencari penyelesaian masalah di kawasan kita tetapi sebaik mungkin kerana mereka sebenarnya mahu perhatian dan tindakan pantas.

“Antara masalah yang ditimbulkan adalah kutipan sampah dan kebersihan, khususnya membabitkan kontraktor yang tidak menepati jadual kutipan sampah ditetapkan,” katanya.

Kawasan yang bernaung di bawah Zon 11 adalah Taman Universiti Utama, Taman Tanjung Api-Api, Taman Kencana Indah dan Taman Khalid Al-Walid.

Katanya, penduduk mengambil inisatif sendiri untuk bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan, khususnya kawasan parit walaupun ia di bawah tanggungjawab beberapa agensi kerajaan.

Pertandingan Mini Zee Bee mula diperkenalkan MBSA sejak 2014 untuk memupuk kesedaran berkenaan kebersihan selain mengerat muafakat dalam komuniti penduduk bagi merealisasikan hasrat menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang 2030.

Pada tahun ini, sebanyak 27 penyertaan diterima dari 24 MPP Shah Alam dengan mempertandingkan tiga kategori iaitu Kategori Pilihan MPP Taman Perumahan, Kategori MPP Taman Perumahan Bertingkat dan Kategori terbuka.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next