Lebih 1,000 semarakkan Agrogems, peserta meningkat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Lebih 1,000 semarakkan Agrogems, peserta meningkat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 DIS: Seramai lebih 1,000 peserta dalam kalangan anak muda seluruh negeri menyertai Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS) Selangor bagi tempoh 2017.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, peningkatan jumlah peserta dicatatkan berbanding penganjuran program sama tahun lalu.


“Ini membuktikan program ini sampai daripada sudut penyampaian maklumat dan informasi kepada rakyat di negeri ini.

“Boleh dikatakan ia sudah diterima baik dalam kalangan golongan muda yang menjadi golongan sasar di peringkat Kerajaan Negeri supaya lebih ramai muda terlibat dalam industri pertanian negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program AGROGEMS di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zaidy berkata program berkenaan diteruskan untuk tempoh 2018 dengan pelaksanaan program diperlebar luas bagi menarik penglibatan golongan muda seluruh negeri.

Katanya, golongan muda wajar memanfaatkan peluang untuk terlibat secara aktif dalam industri pertanian yang diyakini boleh menjana pendapatan kepada golongan sasar.

“Atas faktor ini juga mendorong Kerajaan Negeri untuk membantu anak-anak muda ini menerusi pelaksanaan program pengembangan dan kursus selanjutnya.

“Ia tidak terhenti setakat program seminar, tetapi ada program di lapangan yang akan dijalankan untuk tempoh jangka pnjang.

“Begitu juga ada tawaran permohonan untuk pembiayaan kewangan yang akan dinilai di peringkat Kerajaan Negeri,” katanya.

Program AGROGEMS mula diperkenalkan Januari 2016 sebagai suntikan Kerajaan Negeri menggalakkan penyertaan usahawan tani di bawah umur 40 tahun dalam sektor pertanian.

Mereka berminat boleh mendaftar di pejabat Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani di Tingkat 15 bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next