Mahkamah Tinggi benar permohonan ‘stay order’ Kerajaan Negeri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Mahkamah Tinggi benar permohonan ‘stay order’ Kerajaan Negeri

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 7 DIS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kerajaan Negeri menggantung pelaksanaan (stay order) semua siasatan tempatan sehingga rayuan selesai walaupun menolak permohonan semakan persempadanan semula.

Justeru, Kerajaan Negeri akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam masa terdekat.


Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui selepas selesai prosiding Kerajaan Negeri Selangor vs Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, beliau gembira apabila mahkamah memberikan ‘stay order’ yang menyaksikan semuanya dalam status quo buat masa ini.

“Hakim (Azizul Azmi Adnan) dengan tegas menyatakan SPR tidak boleh meneruskan sebarang ‘inquiry’ di semua peringkat bukan sahaja oleh entiti Kerajaan Negeri tetapi keseluruhan Selangor.

“Ini satu keputusan tepat kerana jika ‘stay order’ tidak diberikan, maka rayuan kita menjadi ‘academic’ sahaja dan tidak memberi kesan kepada hujah yang diberikan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, satu perkara yang menarik adalah mahkamah mengambil maklum kegagalan SPR dan responden mengemukakan hujah balas atas perkara asas (fundemental) iaitu ‘gerrymandering’ dan ‘mallaportionment’.

“Oleh kerana Kerajaan Negeri mengambil serius isu ini, kita akan mengemukakan rayuan di mahkamah lebih tinggi dan saya percaya hujah dikemukakan itu cukup kuat untuk meyakinkan mahkamah bahawa rayuan kita untuk melindungi dan mempertahankan hak rakyat Selangor,” katanya.

Kerajaan Negeri bertindak selaku plaintif, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh selaku defendan.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next