MB: Lebih 47,000 usahawan Hijrah terima manfaat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

MB: Lebih 47,000 usahawan Hijrah terima manfaat

 

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Negeri berjaya membantu lebih 47,000 peserta dalam bidang keusahawanan di seluruh Selangor menerusi skim mikrokredit Hijrah, sehingga awal Disember ini.


Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata skim diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu itu adalah antara komitmen Kerajaan Negeri membantu rakyat menerusi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Kerajaan Negeri melaksanakan dengan jayanya skim mikrokredit Hijrah dengan modal pusingan RM100 juta untuk mengupayakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana keluar daripada cengkaman kemiskinan yang mereka alami selama puluhan tahun.

“Setakat ini seramai 47,761 peserta mendapat manfaat daripada program ini dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM330 juta,” katanya dalam Konvensyen dan Anugerah Usahawan Selangor 2017 di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Beliau berkata, skim dijalankan Yayasan Hijrah Selangor itu bukan sahaja menyalurkan pinjaman tetapi turut menyediakan pusat perkhidmatan profesional bagi tujuan memberi latihan kemahiran dan pemasaran supaya peserta menjadi usahawan berwibawa yang mampu berada di pasaran dan bersaing dengan usahawan lain.

“Keadaan ekonomi negara semakin mencabar ketika ini dan sebagai kerajaan peduli, Kerajaan Negeri mengambil beberapa langkah proaktif dengan memberi penekanan kepada usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi lebih rancak dan mampan sebagai jaminan masa depan lebih cemerlang.

“Usahawan perlu lebih kreatif dan berinovasi memenuhi citarasa pengguna kerana tren masa kini terhadap produk dan perkhidmatan semakin canggih kerana mereka memerlukan perkhidmatan lebih efesien dan pantas.

“Konvensyen bertema Usahawan Nadi Ekonomi Negeri adalah bagi menzahirkan fokus Kerajaan Negeri ke arah memberdayakan usahawan demi memperkukuhkan pencapaian ekonomi,” katanya.

Turut hadir, Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Ushawan, Amirudin Shari serta Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Datuk Dr Mansor Othman.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next