MPSJ terima RM7,000 laksana projek hijau bumi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

MPSJ terima RM7,000 laksana projek hijau bumi

OLEH SHEEDA FATHIL

SUBANG JAYA, 7 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima RM7,000 bagi melaksanakan projek menghijaukan bumi, di kawasan pentadbirannya.

Timbalan Yang Dipertuanya, Zulkurnain Che Ali berkata, projek itu dilakukan secara berperingkat mengikut ketetapan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kualiti alam sekitar.


Katanya, peruntukan sama turut diberikan kepada Pejabat Tanah Daerah Petaling juga semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di negeri itu.

“Kawasan ini dipilih kerana ia merupakan taman kejiranan MPSJ pertama yang melaksanakan program berjalan 10,000 langkah sehari.

“Sebanyak 21 batang pokok ditanam bertujuan meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan pokok untuk kehidupan seharian,” katanya pada sidang media Majlis Penanaman Pokok Selangor Peringkat MPSJ 2017, di Taman Kejiranan Putra Bistari 2, Putra Heights, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han.

Antara jenis pokok ditanam adalah Bucida Variegate sebanyak tiga batang, Filicium Desipiens (enam), Hopea Odorata (enam) dan Happiness Tree (enam).

Pada masa sama, Zulkurnain berkata, sebanyak 112,517 batang pokok sudah ditanam di sekitar MPSJ, sepanjang tahun ini.

“Kebanyakan pokok ditanam adalah penyerap karbon dioksida dan tidak berbahaya kepada orang ramai memandangkan ia ditanam di tempat terbuka,” katanya.

Sementara itu, Sze Han berkata, program itu penting di kawasan bandar dan berharap ia akan diteruskan, pada masa akan datang.

“Kebanyakan kawasan bandar kini dipenuhi bangunan pencakar langit, sekali gus banyak pokok ditebang, justeru saya harap penanaman pokok akan diteruskan,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next