OIC: Baitul Maqdis milik umat Islam | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

OIC: Baitul Maqdis milik umat Islam

GLOBAL 6 DIS: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyelar sebarang cubaan atau usaha untuk mengubah sejarah dan status Baitulmaqdis ketika ini.

Ketetapan itu diputuskan dalam satu mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Perwakilan Tetap pertubuhan tersebut di sini semalam, lapor Arab News.

Dalam satu kenyataan berhubung perkara itu, OIC sekali lagi menegaskan bahawa Palestin khususnya Baitulmaqdis adalah milik umat Islam.


Pada masa yang sama, OIC juga mengesahkan identiti Arab dan Islam di Baitulmaqdis Timur yang dikuasai Palestin serta mengutuk sebarang pencerobohan untuk mengubah status, demografi serta identiti kota suci itu.

“Umat Islam dan OIC tidak akan mene­ima sebarang tindakan permusuhan yang boleh mengganggu gugat status Baitulmaqdis dan kami (OIC) akan memastikan resolusi mengenai perkara ini disegerakan,” jelas OIC dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Arab Saudi menganggap tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan status bandar itu secara tidak langsung akan merencatkan proses damai antara Israel dan Palestin selain meningkatkan ketegangan sedia ada.

“Polisi kami masih kekal iaitu menyokong penduduk Palestin dan pentadbiran AS telah sedia maklum mengenai perkara ini,” kata Duta Arab Saudi ke AS, Putera Khalid Salman dalam satu kenyataan.

Bagi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pula, pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel umpama ‘menempah maut’.

=EZY=

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next