Pelajar Asasi Undang-Undang IIUM teruja sistem pentadbiran DNS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Pelajar Asasi Undang-Undang IIUM teruja sistem pentadbiran DNS

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 DIS : Pelajar Asasi Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan lawatan secara rasmi di Dewan Negeri Selangor (DNS), baru-baru ini.

Timbalan Speaker Dewan Negeri, Shafie Ngah berkata, lawatan itu bertujuan memberi pendedahan mengenai proses dan perjalanan DNS.


“Mereka teruja sistem baharu diguna pakai DNS, selain sistem perundangan telus dan saksama.

“Kesan daripada lawatan selama tiga jam itu, pelajar memberi respon positif dan banyak ilmu mereka perolehi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Shafie Ngah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi berkata, DNS sentiasa mengalu-alukan kedatangan orang awam atau institusi dalam dan luar negara untuk mengenali sistem DNS dengan lebih mendalam.

“DNS sudah menerima pelbagai lawatan daripada institusi sekitar Malaysia sejak 2008 hingga kini.

“Kebanyakkan daripada mereka memuji sistem diguna pakai DNS yang sentiasa kemaskini dan maju,” katanya.

Terdahulu DNS menerima kunjungan daripada 60 pelajar UIAM pada 29 November lalu dan penerangan berkenaan DNS diketuai oleh Shafie Ngah sendiri.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next