KENYATAAN MEDIA

Persatuan Tionghua UM wajar diberi peluang jelaskan tuduhan

Kami memandang serius tentang penggantungan Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Malaya. Keputusan sangat tergesa-gesa.

Jika dibaca perkembangan ini bersama dengan langkah penyekatan kebebasan staf dan mahasiswa untuk bersuara tentang isu-isu semasa, jelas pihak berkuasa sedang bertekad menindas hak bersuara serta kebebasan berpersatuan mahasiswa kita.

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan berkompromi dalam isu ruang dan kebebasan akademik. Tawaran Anak Muda juga berkali-kali menjamin kebebasan akademik di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Saya mendesak pihak berkuasa agar hentikan campurtangan politik dalam isu ini. Jawatankuasa Persatuan Bahasa Tionghua wajar diberikan ruang untuk menjelaskan tuduhan yang dilontarkan kepada mereka sebelum sebarang tindakan diambil. UM bukan Universiti UMNO. Jangan gadaikan maruah dan reputasi UM sebagai universiti terulung di Malaysia.

 

OLEH: NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA PEMUDA PAKATAN HARAPAN
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


Pengarang :