PKNS FC mulakan latihan rasmi, uji pemain import | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

PKNS FC mulakan latihan rasmi, uji pemain import

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 DIS: PKNS FC akan menguji dua calon pemain import dalam sesi latihan rasmi yang bermula hari ini.

Setiausha PKNS FC, Md Adi Harmizi Ariffin berkata, dua calon pemain import dari Colombia dan Iran itu akan diuji sepanjang minggu ini serta dinilai dalam perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan di Kompleks Sukan PKNS, 16 Disember.


“Kita akan uji mereka secara berperingkat kerana akan ada lagi calon lain menyertai pemilihan.

“PKNS FC akan melihat kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada mahu memenuhi lima pemain import seperti yang dibenarkan FAM,” katanya.

Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) kini membenarkan pasukan Liga Super mendaftarkan lima pemain import termasuk seorang daripada Asia Tenggara (ASEAN).

Menyentuh soal pemain Md Adi berkata kuota pemain tempatan kini sudah diisi sepenuhnya Red Ants dan hanya menanti beberapa pemain untuk melapor diri.

Setakat ini, lapan muka baru sudah diperkenalkan bagi memperkuat pasukan di semua posisi untuk mengharungi musim liga 2018 selain mengekalkan 10 tonggak utama musim lalu.

 

Senarai pemain baru PKNS FC:

Penjaga gol
– Zarif Irfan (Selangor)
– Sahril Saa’ri (Sarawak)

Pertahanan
– K Reuben (Pulau Pinang)
– Annas Rahmat (Negeri Sembilan)
– Qayyum Marjoni (Kelantan)

Tengah
– Nurridzuan Hassan (Pahang)

Penyerang
– Jafri Chew (Pulau Pinang)
– Faizat Ghazali (Pulau Pinang)

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next