Rakyat tidak terpedaya propaganda media Umno-BN | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Rakyat tidak terpedaya propaganda media Umno-BN

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 7 DIS: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yakin rakyat tidak akan terpedaya dengan dakyah media dikuasai Umno-Barisan Nasional (BN) dengan terus menyokong Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi mengambil alih pentadbiran negara.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, keyakinan terbabit berdasarkan sambutan diberi majoriti rakyat dalam Jelajah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dijalankan KEADILAN, di beberapa negeri sebelumnya.


“Jika kita lihat media (dikuasai Umno-BN) hari ini, seolah rakyat beralih sokongan kepada parti itu.

“Namun, melalui jelajah dijayakan di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Johor, rakyat sedang menunggu paluan gendang tarikh pilihan raya umum.

“Bila gendang dipalu, percayalah ini adalah penggal terakhir untuk Umno-BN,” katanya ketika Jelajah IPR di Flat Sri Sementa, Jalan Kapar, di sini, semalam.

Beliau berkata, KEADILAN yakin dengan situasi itu kerana rakyat ketika ini semakin matang dengan melihat kedudukan ekonomi yang semakin parah dan perpaduan kaum semakin longgar.

“Semua kaum mempunyai hak sama mendapat pembelaan dan keadilan kerana Malaysia adalah negara mereka.

“Maka, ia menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga semua secara adil dan saksama,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next