Skim Peduli Sihat capai sasaran sejuta pendaftaran | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Skim Peduli Sihat capai sasaran sejuta pendaftaran

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 7 DIS: Skim Peduli Sihat dilaksana Kerajaan Negeri melalui agenda Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) meraih kejayaan apabila mencatat lebih sejuta pendaftaran dalam kalangan rakyat, di Selangor.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pencapaian itu disifat membanggakan dengan rakyat dari kumpulan sasaran memperoleh manfaat menerusi skim berkenaan.


“Program kita laksanakan mengambil kira keperluan rakyat demi manfaat semua, di seluruh negeri ini.

“Kita tidak menunggu rakyat datang sambil bercerita masalah dan apa mereka perlukan.

“Kejayaan ini membuktikan sokongan rakyat kepada Kerajaan Negeri dan ia hanya di Selangor,” katanya ketika Jelajah IPR di kawasan Flat Sri Sementa, Jalan Kapar, di sini, semalam.

Program itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan pimpinan Kerajaan Negeri juga KEADILAN lain.

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM125 juta menyasarkan satu juta rakyat Selangor bakal mendapat manfaat daripada skim itu yang memberikan perlindungan kesihatan asas bagi menampung kos sara hidup semasa.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat semenangnya tiada alasan bagi mengalihkan sokongan kepada pihak lain khususnya Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Melalui 42 skim di bawah IPR, katanya, seperti dalam Belanjawan 2018, Kerajaan Negeri memberi penekanan terhadap semua golongan termasuk wanita, di Selangor.

“Untuk tahun depan, satu skim baru diperkenalkan iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang menitikberatkan kebajikan untuk kaum ibu.

“Ia membuktikan kepedulian Kerajaan Negeri di bawah Dato’ Menteri Besar terhadap nasib kaum wanita di Selangor,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next