Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-72, pada 11 Disember ini.

Baginda menyempurnakan istiadat berkenaan di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini, diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.


Istiadat itu turut disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Exco Kerajaan Negeri, anggota kerabat Diraja Selangor dan dif kehormat.

Air Doa Selamat itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh adinda baginda, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.

Sultan Selangor turut berkenan menyempurnakan penganugerahan watikah pelantikan penghulu adat istiadat diraja Selangor kepada Dato’ Syed Budriz Putra Jamalullail Engku Mahajarallela Setia.

Pelantikan itu berkuatkuasa, pada 1 Disember 2017.

Ia dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-undang perkara 40 Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Semalam, Sultan Sharafuddin berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Klang dan menyertai majlis tahlil di makam itu.

 

 

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next