Sultan Selangor serah Sijil Pengakap Raja kepada pengakap remaja | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Sultan Selangor serah Sijil Pengakap Raja kepada pengakap remaja

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan berangkat mencemar duli menganugerahkan Sijil Pengakap Raja (SPR) kepada 256 pengakap remaja dari seluruh Selangor, hari ini.

Penyerahan sijil beserta Lencana Pengakap Raja disempurnakan baginda dalam Istiadat Penganugerahan SPR bagi Persekutuan Pengakap Malaysia Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.


Ia adalah anugerah tertinggi kepada pengakap remaja yang lulus cemerlang dalam Ujian Penarafan Pengakap Raja dilaksanakan dan diperakui Lembaga Penarafan Pengakap Raja Selangor.

Sijil itu diperakui dan ditandatangani DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Selangor, Ishak Mohd Jonid.

Berhubung majlis itu, Ishak berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Sultan Selangor di atas kesudian menghadiri dan menganugerahkan sijil kepada semua pengakap remaja berkaitan.

“Majlis penganugerahan sijil diadakan pada setiap tahun tetapi kali ini amat istimewa kerana Sultan Selangor sudi menyampaikannya kepada mereka.

“Kita berbesar hati kerana majlis sebegini dapat diadakan selepas 16 tahun dan diharapkan ia berterusan untuk tahun seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, Selangor berjaya mendahului negeri lain di Malaysia, dalam melahirkan pengakap raja untuk tempoh sepuluh tahun ini.

“Anugerah SPR ini adalah yang tertinggi bagi pengakap remaja berusia 17 hingga 18 tahun, selepas ini ia akan ke peringkat seterusnya iaitu anugerah Pengakap Kelana bagi usia 19 hingga 25 tahun,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next