Selangorkini
SELANGOR

Ziarah Medik: LZS santuni asnaf, fakir dan miskin

OLEH NAEEM RAFFI

AMPANG, 25 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) Hulu Langat terus proaktif meningkatkan usaha kebajikan menerusi Ziarah Medik bersama agensi kesihatan dari Hospital Ampang, pada 21 Disember lalu.

LZS menerusi laman facebooknya berkata, kolaborasi kedua agensi itu disemai dengan aktiviti turun padang menyantuni golongan asnaf, fakir dan miskin sekitar Ampang.

Selain memberi tips penjagaan kesihatan dan motivasi, beberapa keluarga asnaf dikunjungi turut diberi pemeriksaan kesihatan secara percuma selain khidmat nasihat dari pakar perubatan.

“Antara keluarga diziarahi adalah mereka yang menghidap penyakit jantung berlubang, saraf dan stroke.

“Selain sumbangan makanan kesihatan, Ziarah Medik juga turut memberikan bantuan peralatan penjagaan kesihatan,” tulisnya.

Dalam pada itu, LZS turut mendoakan semua golongan terlibat diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan.


Pengarang :