1,000 peserta bakal sertai kayuhan ‘Ride for Glory 2018’ | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

1,000 peserta bakal sertai kayuhan ‘Ride for Glory 2018’

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 JAN: Seramai 1,000 peserta bakal menyertai acara kayuhan basikal sejauh 180 kilometer (km) ‘Ride For Glory 2018’ edisi ketiga yang berlangsung, di Pulau Indah, pada 14 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd, Mahmud Abbas berkata, selain peserta dari Malaysia, acara kayuhan itu turut disertai peserta dari luar negara antaranya Venezuela, Jepun, Brunei, Rusia, India, Mongolia, Australia dan Brazil.


“Acara ini dianjurkan setiap tahun untuk mempromosi aktviti sihat, di samping memperkenalkan kepada umum berkenaan industri halal hab, di Selangor.

“Penyertaan kali ini sedikit berbeza kerana setiap pasukan perlu mempunyai seorang peserta wanita bagi menggalakan lebih ramai golongan berkenaan membabitkan diri dalam aktiviti bersukan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Acara anjuran Central Spectrum Sdn Bhd itu membabitkan lima kategori iaitu Lelaki Terbuka (18-35 tahun), Wanita Terbuka (18 tahun ke atas), Junior Master (35-44 tahun), Master (45 tahun ke atas) dan Berpasukan.

Mahmud Abbas berkata, acara pelepasan akan disempurnakan Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, pada jam 7.30 pagi.

Acara kayuhan itu turut menawarkan hadiah lumayan wang tunai keseluruhan bernilai RM40,000.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next