BERITA UTAMASELANGOR

35,000 petugas SPR, sedia hadapi PRU14

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 JAN: Seramai 35,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab memastikan proses kelancaran perjalanan Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14), di negeri ini.

Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri (SPR), Kamarulzaman Ahmad Sabri berkata, tiada keperluan penambahan jumlah kakitangan diperlukan menjelang tempoh pilihanraya depan.

“Namun jika ada keperluan untuk menambah petugas, pejabat pegawai pengurus SPR akan menambah keperluan kakitangan.

“Untuk tempoh ini, petugas SPR terdiri daripada mereka yang berkhidmat di jabatan awam, guru-guru, pegawai daerah, petugas di agensi kerajaan dan agensi swasta,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Taklimat Pilihanraya Petugas Media Peringkat Negeri Selangor di Hotel Concorde, pagi ini.

Terdahulu, taklimat pilihanraya SPR disampaikan Ketua Progoram Pengurusan Strategik Akademi Pilihan Raya SPR, Khadijah Ishak dan Penolong Pengarah Pengurusan Strategik Akademi Pilihan Raya (SPR), Aina Osman.

Difahamkan, 30 agensi media menyertai taklimat berkenaan bagi mendapatkan pemahaman jelas prosedur pilihan raya.


Pengarang :