SELANGOR

46 mangsa banjir Kuala Selangor berpindah ke pusat pemindahan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 JAN: Seramai 46 mangsa dari 13 keluarga di sekitar Kuala Selangor dipindahkan ke Pusat Pemindahan Majlis Daerah Kuala Selangor Desa Coalfields selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat, sejak malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Selangor, setakat 8.30 pagi ini, semua mangsa yang terdiri dari 24 dewasa, 13 kanak-kanak dan sembilan warga emas ditempatkan, di pusat pemindahan berkenaan.

“Semua mangsa terbabit adalah penduduk dari Kampung Seri Aman Sungai Buloh dan Kampung Ladang Tuan Mee.

“Pemantauan secara berterusan sedang dilaksanakan oleh agensi dan pejabat daerah berkaitan,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :