SUKANKINI

AFC B23: Republik Korea cabaran Malaysia ke separuh akhir

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 JAN: Skuad Malaysia dijadualkan bertemu Republik Korea, pada peringkat suku akhir Piala AFC B23, di China Sabtu ini.

Republik Korea B23 mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan D dengan tujuh mata selepas mencatatkan kemenangan 3-2 kepada Australia, semalam.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Vietnam berjaya mengikat Syria tanpa jaringan bagi mengekalkan kedudukan kedua dengan empat mata.

Peringkat suku akhir akan bermula Jumaat ini dengan Jepun akan bertemu Uzbekistan, pada jam 4 petang waktu Malaysia, diikuti satu lagi pertembungan Qatar menentang Palestine.

Selain Malaysia bertemu Republik Korea, Iraq selaku juara Kumpulan C pula dijadualkan bertemu Vietnam.


Pengarang :