NASIONAL

Amaran ribut petir di 3 negeri

SHAH ALAM, 19 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak (Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

Ribut petir juga diramalkan berlaku di perairan Selat Melaka, Condore dan Selatan Reef, berterusan dalam tempoh sama.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.


Pengarang :