NASIONAL

Banjir di Sarawak meningkat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JAN: Dua sekolah lagi di Sarawak ditutup ekoran banjir yang semakin buruk, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri itu (JPBNS).

Keadaan itu menjadikan jumlah sekolah ditutup meningkat kepada tujuh, hari ini berbanding lima sekolah, semalam.

“Seramai 753 murid di Sarawak tidak dapat bersekolah ekoran sekolah mereka ditutup kerana jalan raya dinaiki air.

“Dua sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Genaan dan SK Bukit Balai dengan keduanya di daerah Sebauh, Bintulu,” katanya dipetik Bernama.

JPBNS berkata, 16 sekolah rendah iaitu 10 di Miri, lima di Sibu dan sebuah di Bintulu turut terjejas ekoran banjir tetapi masih beroperasi seperti biasa.

Manakala, lima sekolah masih ditutup sejak Isnin lalu dengan sekolah paling banyak ditutup, di Miri membabitkan tiga sekolah iaitu SK Sungai Bong, SK Kuala Bok dan SK Rumah Ranggong, selain SK Kuala Kenyana, Mukah dan SK Nanga Bon, di Sibu.


Pengarang :