EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam untuk dibuka lebih tinggi pagi ini dengan minat belian berterusan dalam saham utama terpilih, selari prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,828.64, naik 0.01 mata, berbanding 1,828.63 penutup semalam.

Ia dibuka 2.61 mata lebih tinggi pada 1,824.55.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 197 berbanding 116, manakala 234 tidak berubah, 1,285 tidak didagangkan dan 32 yang lain digantung.

Sejumlah 374.60 juta saham bertukar tangan bernilai RM98.52 juta.

Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) berkata, bursa tempatan berkemungkinan kekal turun-naik hari ini.

“Rali semalaman di pasaran Amerika Syarikat (AS) akan memberi sokongan kepada bursa tempatan, tetapi selepas naik empat hari berturut-turut, kami percaya FBM KLCI akan mengalami pembetulan.

“Secara teknikal, kami jangka indeks penanda aras itu didagangkan antara 1,820 dan 1,835 hari ini. Sokongan dilihat pada 1,812 dan 1,793 mata,” katanya.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :