EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, disokong pengukuhan ringgit, sementara menjejaki prestasi Wall Street yang menokok ke paras rekod tertinggi Jumaat.

Memetik BERNAMA, pada jam 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,832.55, naik 3.72 mata, daripada 1,828.83 penutup Jumaat.

Ia dibuka 6.38 mata lebih tinggi pada 1,835.21.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 222 berbanding 110, manakala 235 tidak berubah, 1,293 tidak didagangkan dan 34 yang lain digantung.

Sejumlah 307.95 juta saham bertukar tangan bernilai RM127.19 juta.


Pengarang :