Bursa Malaysia tinggi pagi ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Bursa Malaysia tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, ekoran minat belian selepas mengalami kerugian selama tiga hari berturut-turut, kata peniaga.

Pada jam 9.20 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,823.62, naik 6.74 mata daripada penutup semalam iaitu 1,816.88, dan selepas dibuka 8.13 mata lebih tinggi pada 1,825.01.

Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 363 berbanding 113, manakala 228 kaunter tidak berubah, 1,110 tidak didagangkan dan 21 yang lain digantung.


Jumlah saham sebanyak 393.44 juta saham bernilai RM187.11 juta.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next