EKONOMI

Bursa Malaysia tinggi

SHAH ALAM, 23 JAN: Saham di Bursa Malaysia lebih tinggi pada pembukaan pagi ini berikutan ia meraih sokongan belian, kata peniaga.

Pada jam 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,834.27, naik 1.12 mata, daripada 1,833.15 penutup Isnin.

Ia dibuka 2.95 mata lebih tinggi pada 1,836.10.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 220 berbanding 85, manakala 238 tidak berubah, 1,305 tidak didagangkan dan 31 yang lain digantung.

Sejumlah 341.80 juta saham bertukar tangan bernilai RM102.94 juta.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :