GLOBAL

CancerSEEK upaya kesan lapan jenis tumor

OLEH SABIRAH AZIZ

MIAMI, 19 JAN: Ujian baharu ke atas darah yang dikenali sebagai CancerSEEK menunjukkan kemajuan apabila ia berupaya mengesan lapan jenis tumor berbeza sebelum ia merebak ke seluruh tubuh sekali gus memberikan harapan kepada pengesanan awal, kata penyelidik, semalam.

CancerSEEK, boleh didapati secara meluas bagi projek bernilai kira-kira AS$500 (RM1,977), menurut laporan dalam jurnal Science.

Kajian yang diketuai penyelidik di Universiti Johns Hopkins itu membabitkan 1,005 pesakit barah yang sudah didiagnos lebih awal berdasarkan gejalanya, dikesan dengan kadar ketepatan kira-kira 70 peratus secara keseluruhan.

Barah dikesan dalam ovari, hati, perut, pankreas, esofagus, kolorektal, paru-paru dan payudara.

Bagi lima jenis barah iaitu ovari, hati, perut, pankreas dan esofagus, tiada ujian imbasan disediakan untuk mereka yang kurang berisiko, lapor AFP.

Ujian mampu mengesan lima barah berkenaan dengan kadar sensitiviti 69 hingga 98 peratus.

Dalam 83 peratus kes, ujian mampu menunjukkan di mana barah itu terletak secara anatomi.

“Matlamat utama CancerSEEK adalah mengesan barah lebih awal, sebelum ia menunjukkan gejala,” menurut laporan itu.


Pengarang :