SELANGOR

Daftar di UNISEL segera, tawaran yuran percuma

 

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 JAN: Pendaftaran pengajian secara percuma di Universiti Selangor (UNISEL) masih dibuka sehingga 3 Februari ini.

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassasn berkata, pendaftaran yuran percuma adalah bagi pengajian asas di bawah Skim Dermasiswa UNISEL.

“Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berkelayakan yang berminat digalakkan berdaftar segera ke UNISEL kerana pengambilan ini dibuka sehingga Februari.

“Pelbagai biasiswa dan bantuan kewangan juga disediakan untuk program Diploma dan Sarjana Muda,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pendaftaran pelajar Tahun Asas di Kampus Bestari Jaya menerima sambutan memberangsangkan.


Pengarang :