PELANCONGANSELANGOR

Dari Selangor ke Madrid, fokus pelancongan negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 23 JAN: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai delegasi Tourism Selangor ke Persidangan Pelancongan Antarabangsa (FITUR 2018) di Madrid, pada 18 Januari lalu.

Tourism Selangor dalam kenyataan berkata, delegasi berkenaan turut dianggotai Exco Pelancongan, Elizabeth Wong dan Pengurus Besarnya, Noorul Ashikin Mohd Din.

“Pada persidangan itu, delegasi turut mengadakan pertemuan bersama rakan industri pelancongan Sepanyol bagi mempromosi produk pelancongan dan tarikan yang ada di Selangor,” menurut kenyataan itu.

Lawatan kerja itu diadakan sempena kunjungan hormat Tourism Malaysia yang diketuai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, di Feria De Madrid.

Sementara itu, berdasarkan statistik dikeluarkan Tourism Malaysia, jumlah kedatangan pelancong dari Sepanyol ke Malaysia meningkat 60 peratus.

Daripada jumlah itu, 6,328 pelancong Sepanyol memilih Selangor sebagai destinasi pelancongan, pada 2017.

Jumlah itu meningkat berbanding 5,430, pada 2016.

Selangor mensasarkan kemasukan jumlah pelancong lebih tinggi dari Eropah, khususnya Sepanyol tahun ini.


Pengarang :